Wednesday 26 September 2018

BBM3410/ 18 : tentang diriku

Assamualaikum dan salam sejahtera semua,

Hai, nama saya nurul Fatihah Binti Hassan.
Saya berumur 24 tahun dah.
Saya berasal dari Terengganu.
 Saya seorang yang suka bermain badminton.
Kebiasaannya, jika pulang bercuti ke kampung halaman, saya dan adik-adik akan bermain badminton bersama-sama. Ibu saya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.
Ayah saya pula bekerja sebagai tukang rumah.
Saya merupakan anak kedua dalam keluarga.
Makanan kegemaran saya ialah nasi ayam.

Saya bercita-cita ingin menjadi seorang pendidik satu hari nanti.
Saya sangat sukakan budak-budak.
Apabila cuti semester, biasanya saya akan menjadi guru ganti di sekolah-sekolah tadika di kampung halaman saya. Saya mempunyai lapan orang adik beradik.
 Saya bercita-cita ingin berkahwin pada umur 28 tahun.
Hal ini demikian kerana, bagi saya pada umur sebegitu, semua perkara telah seimbang dari segi kerja dan kehidupan.

Saya mempunyai tiga orang kawan baik di kampung. Saya amat menyayangi mereka. Nama-nama mereka ialah Siti, Izwanie dan Adilah. Mereka merupakan jantung hati saya. Saya seorang yang sangat sukakan kerja yang pada waktu tepat dan tidak suka kerja yang bertangguh.

Itu sahaja tentang diriku. Sekian, terima kasih

XOXO
wassalam.




No comments:

Post a Comment

BBM3410/18 : MINGGU 12 (FACEBOOK PULA)

Assalamualaikum..hai semua jumpa lagi kita semua.. hari ini saya nak berkongsi tentang cerita terbaru.. tugasan baru Prof bagi..kena ambi...