Assalamualaikum korang, fatihah disini lagi
minggu lepas.. dah rasa macam artis dah haha
sebab selalu buat penggambaran..boleh beat neelofa ke ni?
untuk tugasan dari Prof, kami mesti ambil gambar ikut ciri-ciri mug shot, medium shot, potrait shot, bird's eye view, over the shoulder dan long shot.
gambar-gambar tersebut ikut kreativiti masing-masing terutama untuk potrait shot tuh. kami kena acah-acah bergambar dalam studio gituh!
kami ke bukit eskpo jugak untuk dapatkan view yang cantik. untungnya dapat bergambar ramai-ramai ditambah dengan view yang sangat cantik.
ternyata susah gak jadi artis dan model ni..kena acah-acah comel, garang, manja semata-mata nak dapatkan hasil gambar yang cantik tu.. gambar yang pelbagai emosi gituh..
Seronok sangat dengan semua ini..walaupun penat dan terkejar-kejar.
tapi semua ni mendapat pengalaman dan kemahiran yang pelbagai.
korang..nanti kita jumpa lagi di kemudian masa.
selamat tinggal kalian!
xoxo
wassalam :)
No comments:
Post a Comment