Wednesday 26 September 2018

BBM3410/18 : ASAS GRAFIK ( kuliah minggu kedua )


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bertemu lagi kita semua. Pada minggu kedua, Prof telah mengajar kami tentang ciri-ciri asas grafik.

Kemudian kami perlu aplikasikan pelajaran tersebut dalam buku log. Buku log tersebut itu perlulah cantik dan kemas.. Penting dekat situ kriteria tersebut. Bagi Prof, kalau buat cantik, kemas dan tersusun..kami akan dapat markah tinggi.

Kami perlu mengambil gambar untuk setiap ciri asas grafik. Ciri-ciri asas grafik tersebut kesesuaian, keseimbangan, mudah, warna dan teks.

Dalam proses mengambil gambar pada majalah, kami boleh bertanya apa-apa keraguan kepada Prof. Kami perlu ambil gambar semua semasa dan selepas membuat buku log tersebut.

tugasan ini mengajar kami untuk bersabar dan teliti dalam melakukan tugasan secara berkumpulan.


Kemudian, apabila selesai tugasan tersbut, kami diarahkan untuk mengambil gambar buku tersebut secara berkumpulan. Kami perlu menunjukkan buku tersebut kepada Prof untuk diberi markah.

Itu sahaja dari saya. Sekian, terima kasih.
xoxo.
wassalam.










BBM3410/18 : CERITA KULIAH MINGGU PERTAMAKU

Assalamualaikum,.

Cerita minggu pertama saya dalam kelas BBM3410, Multimedia Bahasa Melayu.
Prof menjelaskan secara keseluruhan tentang subjek ini kepada kami.

Kami satu kelas seronok dengan gurau senda Profesor Dr Normaliza Binti Abdul Rahim. Beliau seorang yang sangat menarik perhatian kami. Saya suka dengan gayanya yang sangat sempoi.

Kelas ini memang terbaik kerana selalu bergerak ketawa.

Kemudian, Prof telah mengarahkan kami membawa beberapa peralatan untuk kelas pada akan datang secara berkumpulan. Peralatan tersebut untuk kami membuat buku log di mana ianya perlu memenuhi ciri-ciri asas grafik yang kami pelajari.

Bahan-bahan yang kami kena bawa adalah gam uhu, riben. mounting board, pisau kecil, pembaris dan sebagainya.

Sekian, terima kasih.
jumpa lagi dilain waktu!
wassalam :)



BBM3410/ 18 : tentang diriku

Assamualaikum dan salam sejahtera semua,

Hai, nama saya nurul Fatihah Binti Hassan.
Saya berumur 24 tahun dah.
Saya berasal dari Terengganu.
 Saya seorang yang suka bermain badminton.
Kebiasaannya, jika pulang bercuti ke kampung halaman, saya dan adik-adik akan bermain badminton bersama-sama. Ibu saya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.
Ayah saya pula bekerja sebagai tukang rumah.
Saya merupakan anak kedua dalam keluarga.
Makanan kegemaran saya ialah nasi ayam.

Saya bercita-cita ingin menjadi seorang pendidik satu hari nanti.
Saya sangat sukakan budak-budak.
Apabila cuti semester, biasanya saya akan menjadi guru ganti di sekolah-sekolah tadika di kampung halaman saya. Saya mempunyai lapan orang adik beradik.
 Saya bercita-cita ingin berkahwin pada umur 28 tahun.
Hal ini demikian kerana, bagi saya pada umur sebegitu, semua perkara telah seimbang dari segi kerja dan kehidupan.

Saya mempunyai tiga orang kawan baik di kampung. Saya amat menyayangi mereka. Nama-nama mereka ialah Siti, Izwanie dan Adilah. Mereka merupakan jantung hati saya. Saya seorang yang sangat sukakan kerja yang pada waktu tepat dan tidak suka kerja yang bertangguh.

Itu sahaja tentang diriku. Sekian, terima kasih

XOXO
wassalam.




BBM3410/18 : MINGGU 12 (FACEBOOK PULA)

Assalamualaikum..hai semua jumpa lagi kita semua.. hari ini saya nak berkongsi tentang cerita terbaru.. tugasan baru Prof bagi..kena ambi...