Friday 7 December 2018

BBM3410/18 : MINGGU 12 (FACEBOOK PULA)

Assalamualaikum..hai semua
jumpa lagi kita semua..

hari ini saya nak berkongsi tentang cerita terbaru.. tugasan baru Prof bagi..kena ambil gambar dengan beliau dan masukkan gambar tersebut dalam facebook dengan kapsyen yang kelakar dan  boleh buat beliau guling-guling ketawa..dua keping gambar pula tu..huhu.. kapsyen juga perlu tentang beliau dan BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA..Prof ni memang lain dari yang lain kan.. haha

nah bukti prof..nak dapat gambar ni bukan senang tau!


BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA.
PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM.







Thursday 6 December 2018

BBM3410/18 : VIDEO TANPA WAJAH

Terdapat pelbagai jenis video yang boleh dihasilkan untuk tujuan penceritaan idea kepada umum.

Antara video tersebut ialah video tanpa wajah. 

Video tanpa wajah ialah video yang dihasilkan tanpa menunjukkan muka dan wajah.

Walaupun tanpa muka dan wajah, namun jalan cerita perlu digarapkan. 

Idea dan jalan  cerita tersebut perlulah sesuai dengan lagu yang dipilih.

selain itu, babak cerita yang dipaprkan mestilah jelas dan tidak mengelirukan penonton.

Antara idea penceritaan video tanpa wajah :
1) kaki - kasut, melangkah ke sesuatu tempat
2) tangan - cincin, gelang, pegang duit
3) kehidupan - menunjukkan jalan cerita dari muda hingga tua

Video tanpa wajah ini amat sukar direalisasikan sekiranya pencetus idea itu sendiri tidak faham tentang apa yang ingin diceritakan kepada umum. 

 Oleh itu, amatlah penting bagi pencetus idea itu mengkaji setiap babak dan jalan cerita yang ingin dihasilkan.

Video ini juga hanya fokus kepada objek dan anggota badan sahaja.

BBM3410/18 : ONE SHOT


Di dalam penghasilan sesuatu video, setiap aspek perlu diambil kira kira. Sebagai contoh :

1) kamera - perlulah kamera yang sesuai dari segi muatan dan kejelasan.
2) tempat  - perlulah sesuai dengan jalan cerita yang ingin disampaikan.
3) suasana - perlulah menepati setiap babak yang ingin dilakonkan.
4) alatan bantuan atau prop - penting untuk melancarkan setiap babak dalam pembikinan
5) keberkesanan lakonan artis - perlulah bijak mengawal emosi ketika dalam penggambaran tersebut.
6) jurukamera - perlulah pandai merakam di setiap sudut.

Sekiranya kesemua aspek itu diambil kira. Maka, video yang dihasilkan itu akan sempurna dan menarik.

Terdapat tiga ciri video yang menarik :

1) video one shot one layer
2) one shot two layer
3) one shot three layer

One shot one layer ialah video yang dihasilkan dengan :

1) kesemua ahli didalamnya menyanyi.
2)  Kesemua ambil peranan.
3) tiada babak pelakon.
4) berkumpul dan menyanyi dalam satu deretan sahaja.

One shot two layer ialah video yang dihasillkan dengan :

1) ada babak pelakom.
2) ada babak penyanyi.
3) penyanyi dan pelakon tidak berada di deretan yang sama.
4) kedudukan penyanyi dan pelakon sedikit terasing.

One shot three layer ialah video yang dihasilkan dengan :

1) ada babak penyanyi.
2) ada babak pelakon.
3) ada babak pokok bergerak atau
4) ada babak kereta lalu dibelakang


Kesemua video ini dihasilkan mengikut kesesuaian idea, kerelevanan situasi dan tempat.




BBM3410/18 : PAPAN CERITA


Papan cerita merupakan cerita yang dicipta yang perlu dimulakan dengan idea.

Idea merupakan cetusan ingatan seseorang dimana ia boleh dikembangkan dan gigarapkan menjadi sesuatu yang lebih unik untuk dihasilkan.

Dalam konteks penceritaan, seseorang penulis skrip perlu melakukan beberapa perkara untuk mendapatkan ilmu.

Antaranya :
1) ada yang mengelamun
2) berjalan-jalan
3) menconteng

Papan cerita disediakan pada peringkat awal proses reka bentuk.

Papan cerita merupakan himpunan lakaran rupa bentuk skrin-skrin paparan yang digunakan dalam aplikasi multimedia.

Papan cerita adalah lakaran imaginasi tentang apa yang hendak dipaparkan dalam satu persembahan perisian multimedia.

Tujuan papan cerita ialah gambaran kasar tentang perisian dan panduan utama kepada keseluruhan perisian tersebut.

 Papan cerita adalah amat penting dalam sesuatu perisian idea.

Hal ini demikian dari situ kita dapat lihat keselruhan idea yang ingin disampaikan.

Ianya jelas, tersusun, rentetan dan saling berkait.

Proses papan cerita :

1) susun semua maklumat dan elemen media.
2) mengkaji rasional memilih rasional tersebut.
3) membuat carta alir atau garis panduan skrin secara umum.
4) penulisan teks unutk penceritaan diperingkat awal.
5) menyemak kesesuaian kandungan dengan konteks yang ingin disampaikan.
6) membina hubungan maklumat dari satu papan cerita ke cerita yang lain.
7) mengkaji semula carta alir dan papan cerita yang dihasilkan.





BBM3410/18 : ASAS GRAFIK


Tidak lengkaplah sesuatu hasil seni tanpa asas grafik.


Untuk pengetahuan semua grafik merupakan bahan yang mampu mernghubungkan fakta dan idea dengan jelas melaui kombinasi :
1) lukisan
2) gambar
3) lakaran
4) perkataan 
5) simbol


Grafik juga bermaksud :
1) gambaran bukan fotografi
2) dua dimensi yang digubah dan dicipta khusus untuk menyampaikan mesej
3)  fakta atau pandangan kepada para pelajar


Ciri asas grafik :
1) kesesuaian
-gambar tersebut sesuai dengan idea yang ingin disampaikan.
2) keseimbangan
- gambar tersebut perlulah seimbang dengan semua elemen bagi cetusan idea.
3) mudah
- sesuatu gambar itu menyampaikan maksud dengan lancar dan jelas  kepada semua.
4) warna
-gambar tersebut perlulah tidak terlampau terang dan pudar.
5) teks
-janganlah terlampau pendek dan panjang sangat.


Hasil sesebuah idea itu perlulah memenuhii kelima-lima ciri asas grafik tersebut. 


Hal ini demikian kerana hasil idea tersebut akan lebih :
1) menarik
2) cantik
3) jelas
4) tersusun
5) kreatif dan inovatif


Antara kebaikan menggunakan asas grafik dalam pembelajaran pelajar :
1) dapat menarik minat dan melibatkan pelajar
2) menjelaskan idea yang sukar difahami dengan berkesan
3) menyampaikan mesej secara kreatif dan inovatif

Thursday 15 November 2018

BBM3410/18 : PROSES-PROSES BUAT KALENDAR 2019

Assalamualaikum..hai semua..jumpa lagi kita semua..


dua tiga hari dah ketua kelas multimedia beritahu dekat kami bahawa kelas amali pada hari ini dibatalkan.. dan akan digantikan dengan kelas atas talian..kami semua sangatlah bahagia dengan perkhabaran ini.. huhu

dan tibalah pada hari ini..kami semua tertunggu arahan Prof ni.. sebab ketua kelas cakap kena tunggu arahan Prof dulu..


tibalah hari kejadian.. maka dapatlah arahan tersebut..rasa macam dapat surat dari kerabat diraja..

tadi ketua pun maklumkan kepada peraturan tersebut..

maka bermulalah pengembaraan kami untuk buat video tentang cara-cara nak buat kalendar 2019 menggunakan adobe photoshop..

nah video berdurasi 3 minit.. jemput tengok.. moga bermanfaat.. terima kasih :)



..... kerja di twitter dan instagram.. Prof minta screenshot.. katanya sebagai bukti suatu hari nanti.. hurm.. gigihlah aku nak screenshot satu persatu..

nah setiap buktinya Prof..



























twitter perlu bukti kita retweet status kawan-kawan kita.. dan perlu bukti juga kawan-kawan retweet kita punya status.. instagram pula perlu simpan bukti Prof like dan komen setiap post kita tuh..


terima kasih
adios!
wassalam :)

Tuesday 13 November 2018

BBM3410/18 : KEMBARA YANG MEMBAHAGIAKAN

Assalamualaikum semua.. fatihah disini lagi nak berkongsi cerita baru..

bersenam dengan hasniwati khalil ( kawan sekelas ) haritu.. pastu cakap kat dia.. weh aku rasa macam nak makan oden..jom buat nak? wati cakap boleh je buat nanti lepas dapat gaji..tapi baik keluar cari oden sekali boleh jalan-jalan bersama.

.....

dalam kelas amali haritu.. si qina tanya eh jadi ke korang punya perancangan tu? lepas itu.. aku baru dapat tugasan subjek bahasa arab.. rancang nak pergi Putrajaya sebab tugasan tersebut kami kena buat dekat sana..

tapi macam tak nak hampakan qina dan wati.. sebab kami dah janji nak cari oden sama-sama..sebab aku memang nak keluar dengan mereka jugak..

kemudian, aku bersama kawan-kawan lain merancang nak pergi Putrajaya dengan sewa kereta.. lepas itu rancang nak pergi makan steambot sama-sama.. kami sewa kereta itu sampa malam.. sebab memang nak habiskan masa sama-sama.. yalah kan tahun akhir..


..........

qina, wati, aku, yam, jie, mida, aifa dan dibah..kamilah kembara gadis-gadis itu..

maka bermulalah pengembaraan gegadis ni.. sampai Putrajaya.. kami semua teruja dan ambil gambar-gambar di setiap sudut.. sebab semuanya cantik dan menarik..


masuk dalam masjid Putrajaya lagi teruja.. sebab semuanya indah dan menarik.. dapat jumpa dan bergambar pulak dengan abang yang viral dalam tv tu..ala yang fasih 7 bahasa tu..


dalam jam 1 petang macam itu.. kami semua dah letih dan penat bergambar..haha.. sambil-sambil duduk dan makan bekal..sambil fikir nak kemana lepas ni..pernacangan nak makan steambot dibatalkan sebab kami nak sesuatu yang lain..

masing-masing bingung nak pergi mana.. kemudian kami semua dapat idea.. untuk pergi air terjun ke sungai ke.. ambil keptutusan balik kolej untuk ambil baju kebih.. persiapan untuk mandi nanti hihi..kemudian, kami balik kolej dan solat..

.....

dalam 1.45 petang bertolak dari kolej..

kami berhenti makan di KFC berhampiran untuk mengisi perut yang amat lapar sekali ini.. hihi


dalam jam 4 petang kami sampai di Sungai Tekala..cantik dan comel weh.. serius air dia sejuk gila.. walaupun mula-mula aku takut untuk turun mandi sama..tapi peluang hanya datang sekali lah..huhu

akhirnya kami berlapan mandi-mandi dengan seronok.. itulah antara hal yang paling membahagiakan ku..terima kasih kawan.. mak buyung si jie tu pun nak mandi tau..gigih kami jaga dia risau apa-apa jadi..alhamdulillah semuanya baik-baik saja..

 si yam yang purdah tu pun turun mandi sekali.. dahlah dia tak bawak baju lebih..hurm.. tapi nak mandi gak..

memang gembira sangat haritu.. si dibah tak henti-henti nak terapung.. si mida pulak tak nak basah.. katanya nanti kalau air kena cermin mata, dia tak nampak.. tapi kami peduli apa.. haha..buat air terpercik sampai dia basah..huhu..sorry mida


si wati pulak memang pandai apungkan badan..dia duk buat contoh dalam air tu untuk kami ikut..haha..lawaklah..

si qina? dia kan kecik..sesekali dia tenggelam dalam air.. comel lah! dan yang jadi mangsa? akulah..si tukang tahan dia..si tempat dia berpaut dan tarik!

aifa? yang ni sorang acah-acah dia bidadari yang tengah mandi kat sungai.. dia tak tahu ke yang dia tu dugong? dugong muslimah..haha...aifa ni pun banyak kalitenggelam dan  terbawa arus dalam sungai tu..lepastu tak pandai nak balik dekat kami semua semula bila dah hanyut jauh dari kami..muka dia redha je..kami ketawakan dia..

percayalah kawan-kawan.. perancangan akhir itulah yang terbaik!

memori dan kenangan tercipta.. 10/11/18









terima kasih jie, yam, wati,qina, aifa, mida, dibah..

Prof jom kita pergi mandi sungai jugak..tapi jangan tenggelam ok..haha

bye semua..
wassalam :)
adios!

BBM3410/18 : MINGGU 12 (FACEBOOK PULA)

Assalamualaikum..hai semua jumpa lagi kita semua.. hari ini saya nak berkongsi tentang cerita terbaru.. tugasan baru Prof bagi..kena ambi...