Monday 29 October 2018

BBM3410/18 : CUTI DAN MULTIMEDIA



Assalamualaikum..

bertemu lagi kita semua.. sihat semua?

nak ceritalah sikit..minggu ini cuti pertengahan dah mula..saya balik lambat sikit sebab kerja kejap sempena konvokasyen..kerja gubah bunga untuk kekasih yang nak konvo tu..haha

mula-mula memang tak pandai gubah bunga..rasa tak kreatif je..haha..lama-lama bila dah banyak gubah tu.. memang makin laju dan cantik saya gubah.. acecehhh..

dapat pengalaman baru sebab kali pertama masuk kerja tu..

............

sempena hari deepvali..

ada hari apa entah Prof bagi arahan supaya kami semua :

1) buat tangan tanda 'ok'
2) lepastu kena masuk gambar tersebut dalam instagram masing-masing
3) buat hashtag kelakar, kapsyen kelakar, supaya Prof gelak sambil guling-guling
4) buat hashtag untuk mohon kelas secara atas talian sempena hari deepavali

cukup 80 orang.. prof umum keputusan..nak tunggu cukup 80 orang tu..memang bukan senang..sebab semua kat kampung..ada yang tak tengok telefon..ada yang tak sama hashtag nya..jadi memang Prof tak jumpalah kan..tapi kami semua bertungkus lumus..hihi..nak cuti lebih lah katakan..

kemudian, prof arah tengok blog dia.. rupanya dia umpat kami kat situ..hihi..membawang..haha

takdelah.. dia bagi jawapan dekat situ..katanya kami dapat cuti isnin tu.. hooray!
Prof cakap jangan merayap pulak dekat kampung.. sebab kami kena hadir kelas secara atas talian..

katanya, dia akan keluar tv nanti..secara langsung..jadi kami kena ambil gambar dia..huhu..#akuMahuPopular.. katanya..hihi

arahan seterusnya dia akan bagi kemudian..

setakat itu sahajalah ya perkongsian saya hari ini.. nanti jumpa lagi..

xoxo
wassalam
adios!



Saturday 27 October 2018

BBM3410/18: TIDURKU TAK SEINDAH MIMPI

Asslamualaikum..
hai semua..

kali ini saya nak bercerita tentang tidur ku yang kurang sempurna..

cemburu tengok rakan sebilik ni letak kepala sekejap dah boleh lena..
yang saya ni..letak kepala dua, tiga jam mahu tak lelap lagi!

tertekan sangat tak boleh tidur ni..rasa murung!

ya, insomnia mungkin..tapi yang peliknya dekat universiti je saya susah tidur..kalau dekat rumah.. senang dan lena..dr cakap saya terlampau stress dan banyak fikir..hurm.. masalahnya kalau ada bunyi sikit, saya lagi tak boleh tidur dalam bilik sendiri.. tak tahu apa masalah..

pernah jumpa ustaz untuk merungkai masalah ini..ia seolah terhenti di tengah jalan..selesai separuh jalan..ayah pun dah pernah ubatkan..alhamdulillah dah pulih..tapi kebelakangan macam jadi balik..makin teruk je rasa..

semuanya milik Allah..cepatlah semua ni habis dan berakhir!

saya tak boleh tahan dengan keadaan ini lagi.. jadi sangat sedih dan tak cukup semangat untuk teruskan hidup..






nanti saya sambug lagi ya semua..
adios!
xoxo.
wassalam :)

Friday 26 October 2018

BBM3410/18: CUTI PERTENGAHAN YANG SENDU

Assalamualaikum semua!

Jumpa lagi kita pada hari ini..

Hari ini saya nak bercerita tentang cuti.. dah lama saya tak balik kampung ni..semuanya dirindui!

ALLAHU..tak kuat ni..

minggu depan cuti pertengahan dah bermula..tapi minggu ini pun ada yang balik..sebab kelas dah banyak tak ada..

saya pulak?.. balik lambat sikit kali ini..

sebab?

saya kerja gubah bunga sempena konvo di UPM ni..

ambil pengalaman baru gituh!

saya akan kerja dari hari sabtu hingga selasa..selasa itulah hati terakhir saya kerja kerana hari terakhir konvo..






















dan..

saya balik selasa malam rabu ke dungun tercinta!
balik UPM semula pada hari sabtu malam ahad!
itu yang sendunya..terpaksa balik awal sebab banyak kerja perlu diselesaikan..

semoga semuanya berjalan indah in shaa Allah..



jumpa lagi,
adios!
xoxo
wassalam :)

BBM3410/18: MULTIMEDIA KIAN MENYERONOKKAN



Assalamualaikum semua..
jumpa lagi kita dalam pertemuan yang indah pada hari ini..


kali ini saya ingin bercerita tentang kelas multimedia pada isnin lepas..

setiap kumpulan mestilah membentangkan video tentang simpulan bahasa yang kami semua pilih..

prof seronok lihat dan menilai mutu persembahan kami semua pada hari itu..

alhamdulillah semuanya berjalan lancar!











kemudian, pada hari itu juga.. prof telah memberi tugasan yang terbaru iaitu kami semua kena buat video 'one shot'..

prof menunjukkan kepada kami beberapa contoh video terbaik..

kami semua memilih lagu yang sesuai untuk dipersembahkan dalam video tersebut..

prof menetapkan masa perbentangan untuk video tersebut pada minggu selepas cuti pertengahan!

tak sabar!

pada hari itu juga, prof telah memberi tugasan khas untuk minggu cuti pertengahan! kami perlu ambil gambar-gambar menarik di kampung semasa cuti pertengahan..

gambar tersebut perlu di masukkan ke dalam instagram dengan pelbagai kata-kata yang menarik..


adios
wassalam

Wednesday 17 October 2018

BBM3410/18 : KETENANGAN

Assalamualaikum..

bertemu lagi kita..

carilah ketenangan dalam hidup kita..
in shaa Allah, Dia akan bantu kita..



ubat hati ada lima perkaranya

Yang pertama baca Quran dan maknanya

Yang kedua solat malam dirikanlah

Yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh

Yang keempat perbanyaklah berpuasa

Yang kelima dzikir malam perpanjanglah

Salah satunya siapa bisa menjalani

Moga-moga Allah Taala mencukupi

semoga hati kita semua menemui ketenangan yang hakiki.. in shaa Allah
berdoalah kepada Allah untuk memohon semua perkara..
jangan pernah menyerah..aminn..xoxo
wassalam
Image result for lirik lagu opick obat hati

BBM3410/18 : MINGGU KALUT

Assalamualaikum.. hai

minggu 6 adalah minggu kalut..

bayangkan kena hadap tiga test.. satu pembentangan..


lepas itu, kena hafal teks untuk rakam video ketrampilan berbahasa pulak..

dengan pita lagi.. Allahu..

minggu ini jugak kami kena buka akaun twitter..

rasanya semester ini paling banyak buka akaun laman sosial..

haha..baik jadi artis terus weh!

apa-apa pun..itu semua pengalaman..

gambar pembentangan untuk subjek quran sunnah..bersama ustazah tersayang dan kawan-kawan
kumpulan




adios.
xoxo
jumpa lagi
wassalam


BBM3410/18 : FOTOGRAFI SIMPULAN BAHASA ( JADI ARTIS LAGI)

Assalamualaikum..jumpa lagi kita :)


Minggu ini Prof bagi tugasan dekat kami untuk ambil gambar mengikut simpulan bahasa yang dipilih..

huhu..comel sangat bila kawan-kawan beratur dalam kelas masa itu nak pilih simpulan bahasa..Prof takut kami dapat simpulan bahasa yang sama..

simpulan bahasa kumpulan kami

senyum kambing

pekak badak

murah hati



kaki ayam

 
ada bakat

bulat kata

ikat perut

bertikam lidah

cantik molek


 
hati tikus


nanti kami kena masuk youtube gambar-gambar ini dan bentang kelas seterusnya..
moga Prof kesayangan sukalah dengan hasil kerja kami!


xoxo
wassalam :)


Thursday 11 October 2018

BBM3410/18 : SITI NURHALIZA FIGURA KESAYANGAN RAMAI :)

Assalamualaikum semua..
Hai semua..Jumpa lagi pada hari yang sangat indah ini..


Saya ini seorang yang suka dengar lagu-lagu  English saja. Entahlah.. bukan sebab tak suka dan minat lagu Melayu.. tapi saya lebih gemar dengar lagu English.. hehe

Kalau maksud lagu dia tak bagus dan melalaikan.. saya tukarkan lirik lagu tersebut kepada maksud yang lebih baik..

Selain itu, ia boleh membantu saya dalam memperbaiki keupayaan dalam memahami English dengan lebih bagus lagi..

Tapi, Siti Nurhaliza merupakan figura yang saya amat minati dan kagumi.. Suara dia memang emas..Semua lagu yang dibawa olehnya membawa maksud yang baik.

Beliau merupakan individu yang amat dihormati dan dikenali seluruh negara Malaysia, Thailand, Indonesia dan Brunei.

Jika beliau menyanyikan lagu-lagunya secara langsung..ia sangatlah menenangkan dan nampak bersahaja. Saya suka dengan wajahnya yang kemelayuan sangat!

Saya doakan Siti Nurhaliza, si kesayangan semua itu selalu berjaya dunia dan akhirat.. Semoga beliau bahagia dunia dan akhirat bersama suami, anak dan keluarga tersayang selamanya..

Setakat ini sahaja kalian,
Semoga jumpa lagi dikemudian hari..
xoxo.
Wassalam :)




BBM3410/18 : UPM DAN MASALAH KETIADAAN AIR MEMANG SAHABAT

Assalamualaikum kalian,
Hai jumpa lagi dalam cerita terbaru saya pada kali ini.

Pada hari ini, aku nak bercerita betapa masalah air ini dah jadi macam masalah negara dekat UPM ini..

Saya faham apabila terjadinya masalah ketiadaan air ini, ia bukan perkara yang dibuat main-main. Mungkin kerana ia terjadi disebabkan maslaah tangki air pecah ataupun kerja-kerja pembersihan dan sebagainya.

Pernah juga haritu semester berapa entah, air tiada dalam masa 2 minggu tak silap. Masa itu hanya Allah saja yang tahu betapa kalutnya keadaan.. haha

Nak mandi?
Nak basuh baju?
Nak buang air kecil?
Nak buang air besar?

Memang menyusahkan hidup dalam keadaan itu. Saya dan kawan-kawan mandi di tandas Dewan Putra Dua..hihi

Pernah juga kami mandi di Masjid Besar UPM..

Macam-macam pengalaman ada.. Bila diingat balik, memang kelakar walaupun bersusah-susah.. Dah macam hidup pada zaman dulu dah..

Bagi saya, ketiadaan elektrik lama-lama tiada masalah. Tapi kalau air tiada..memang saya rasa nak meletup!..
Tapi tidak mengapa..Ia mengajar saya erti berdikari dan bersabar..ALhamdulillah..


Pada sekarang ini, notis bertarikh 9 Oktober 2018 hingga 11 Oktober 2018.. Dimaklumkan bahawa ketiadaan air.. Namun saya sedikti kecewa apabila ada orang yang pentingkan diri sendiri.. Boleh basuh baju masa air tiada ini? Memang nak marahlah!


Itu sahaja dari saya. Nanti jumpa lagi di lain waktu dan hari.
xoxo
Wassalam
:)







BBM3410/18 : PERJALANAN FOTOGRAFI FLATLAY KAMI :)

Assalamualaikum semua, berjumpa lagi kita semua pada hari yang tenang ini..

 Pada isnin lepas, kelas Multimedia kami bertukar ke dalam Dewan Zaaba.
Prof cakap seronok sedikit sebab dapat tengok muka kami semua satu-persatu.
Kami pun suka duduk dalam Dewan Zaaba sebab dapat tengok keletah Prof yang comel dekat bawah itu..

Tugasan yang Prof bagi kepada kami pada hari tersebut ialah kami semua perlu ambil gambar mengikut ciri-ciri:

1) FlatLay
2) Quarter FlatLay
3) Half FlatLay
4) Zero FlatLay

Mula-mula Prof bagi penjelasan tentang semua ciri-ciri gambar tersebut kepada kami semua..penjelasan yang mantap dari Prof..terima kasih Prof yang sangat comel!

Kemudian, kami berkumpul secara berkumpulan untuk menjalankan tugasan tersebut.. Seronok buat aktiviti berkumpulan terutamanya dengan orang-orang yang kita selesa. Aktiviti berkumpulan ini mengajarkan proses berkerjasama yang mantap dalam kumpulan..



Saya berasa semakin seronok dengan pembelajaran dalam kelas ini. Terima kasih Prof kerana pembelajaran ini sangat membantu saya dalam dunia multimedia..



-Proses ambil gambar untuk tugasan ini-













Hasil gambar ahli kumpulan kami..
Cantik bukan ?

Contoh gambar:
                                       
                                         Half FlatLay








                                                    FlatLay




Quarter FlatLay



Zero FlatLay




Seperti biasa kami perlu masukkan gambar-gambar tersebut ke dalam instagram. Tugasan selesai..Setakat ini sahaja. Sekian dari saya. 
xoxo.
Wassalam
:)

BBM3410/18 : MINGGU 12 (FACEBOOK PULA)

Assalamualaikum..hai semua jumpa lagi kita semua.. hari ini saya nak berkongsi tentang cerita terbaru.. tugasan baru Prof bagi..kena ambi...