Thursday 11 October 2018

BBM3410/18 : SITI NURHALIZA FIGURA KESAYANGAN RAMAI :)

Assalamualaikum semua..
Hai semua..Jumpa lagi pada hari yang sangat indah ini..


Saya ini seorang yang suka dengar lagu-lagu  English saja. Entahlah.. bukan sebab tak suka dan minat lagu Melayu.. tapi saya lebih gemar dengar lagu English.. hehe

Kalau maksud lagu dia tak bagus dan melalaikan.. saya tukarkan lirik lagu tersebut kepada maksud yang lebih baik..

Selain itu, ia boleh membantu saya dalam memperbaiki keupayaan dalam memahami English dengan lebih bagus lagi..

Tapi, Siti Nurhaliza merupakan figura yang saya amat minati dan kagumi.. Suara dia memang emas..Semua lagu yang dibawa olehnya membawa maksud yang baik.

Beliau merupakan individu yang amat dihormati dan dikenali seluruh negara Malaysia, Thailand, Indonesia dan Brunei.

Jika beliau menyanyikan lagu-lagunya secara langsung..ia sangatlah menenangkan dan nampak bersahaja. Saya suka dengan wajahnya yang kemelayuan sangat!

Saya doakan Siti Nurhaliza, si kesayangan semua itu selalu berjaya dunia dan akhirat.. Semoga beliau bahagia dunia dan akhirat bersama suami, anak dan keluarga tersayang selamanya..

Setakat ini sahaja kalian,
Semoga jumpa lagi dikemudian hari..
xoxo.
Wassalam :)




No comments:

Post a Comment

BBM3410/18 : MINGGU 12 (FACEBOOK PULA)

Assalamualaikum..hai semua jumpa lagi kita semua.. hari ini saya nak berkongsi tentang cerita terbaru.. tugasan baru Prof bagi..kena ambi...