Friday 7 December 2018

BBM3410/18 : MINGGU 12 (FACEBOOK PULA)

Assalamualaikum..hai semua
jumpa lagi kita semua..

hari ini saya nak berkongsi tentang cerita terbaru.. tugasan baru Prof bagi..kena ambil gambar dengan beliau dan masukkan gambar tersebut dalam facebook dengan kapsyen yang kelakar dan  boleh buat beliau guling-guling ketawa..dua keping gambar pula tu..huhu.. kapsyen juga perlu tentang beliau dan BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA..Prof ni memang lain dari yang lain kan.. haha

nah bukti prof..nak dapat gambar ni bukan senang tau!


BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA.
PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM.







Thursday 6 December 2018

BBM3410/18 : VIDEO TANPA WAJAH

Terdapat pelbagai jenis video yang boleh dihasilkan untuk tujuan penceritaan idea kepada umum.

Antara video tersebut ialah video tanpa wajah. 

Video tanpa wajah ialah video yang dihasilkan tanpa menunjukkan muka dan wajah.

Walaupun tanpa muka dan wajah, namun jalan cerita perlu digarapkan. 

Idea dan jalan  cerita tersebut perlulah sesuai dengan lagu yang dipilih.

selain itu, babak cerita yang dipaprkan mestilah jelas dan tidak mengelirukan penonton.

Antara idea penceritaan video tanpa wajah :
1) kaki - kasut, melangkah ke sesuatu tempat
2) tangan - cincin, gelang, pegang duit
3) kehidupan - menunjukkan jalan cerita dari muda hingga tua

Video tanpa wajah ini amat sukar direalisasikan sekiranya pencetus idea itu sendiri tidak faham tentang apa yang ingin diceritakan kepada umum. 

 Oleh itu, amatlah penting bagi pencetus idea itu mengkaji setiap babak dan jalan cerita yang ingin dihasilkan.

Video ini juga hanya fokus kepada objek dan anggota badan sahaja.

BBM3410/18 : ONE SHOT


Di dalam penghasilan sesuatu video, setiap aspek perlu diambil kira kira. Sebagai contoh :

1) kamera - perlulah kamera yang sesuai dari segi muatan dan kejelasan.
2) tempat  - perlulah sesuai dengan jalan cerita yang ingin disampaikan.
3) suasana - perlulah menepati setiap babak yang ingin dilakonkan.
4) alatan bantuan atau prop - penting untuk melancarkan setiap babak dalam pembikinan
5) keberkesanan lakonan artis - perlulah bijak mengawal emosi ketika dalam penggambaran tersebut.
6) jurukamera - perlulah pandai merakam di setiap sudut.

Sekiranya kesemua aspek itu diambil kira. Maka, video yang dihasilkan itu akan sempurna dan menarik.

Terdapat tiga ciri video yang menarik :

1) video one shot one layer
2) one shot two layer
3) one shot three layer

One shot one layer ialah video yang dihasilkan dengan :

1) kesemua ahli didalamnya menyanyi.
2)  Kesemua ambil peranan.
3) tiada babak pelakon.
4) berkumpul dan menyanyi dalam satu deretan sahaja.

One shot two layer ialah video yang dihasillkan dengan :

1) ada babak pelakom.
2) ada babak penyanyi.
3) penyanyi dan pelakon tidak berada di deretan yang sama.
4) kedudukan penyanyi dan pelakon sedikit terasing.

One shot three layer ialah video yang dihasilkan dengan :

1) ada babak penyanyi.
2) ada babak pelakon.
3) ada babak pokok bergerak atau
4) ada babak kereta lalu dibelakang


Kesemua video ini dihasilkan mengikut kesesuaian idea, kerelevanan situasi dan tempat.




BBM3410/18 : PAPAN CERITA


Papan cerita merupakan cerita yang dicipta yang perlu dimulakan dengan idea.

Idea merupakan cetusan ingatan seseorang dimana ia boleh dikembangkan dan gigarapkan menjadi sesuatu yang lebih unik untuk dihasilkan.

Dalam konteks penceritaan, seseorang penulis skrip perlu melakukan beberapa perkara untuk mendapatkan ilmu.

Antaranya :
1) ada yang mengelamun
2) berjalan-jalan
3) menconteng

Papan cerita disediakan pada peringkat awal proses reka bentuk.

Papan cerita merupakan himpunan lakaran rupa bentuk skrin-skrin paparan yang digunakan dalam aplikasi multimedia.

Papan cerita adalah lakaran imaginasi tentang apa yang hendak dipaparkan dalam satu persembahan perisian multimedia.

Tujuan papan cerita ialah gambaran kasar tentang perisian dan panduan utama kepada keseluruhan perisian tersebut.

 Papan cerita adalah amat penting dalam sesuatu perisian idea.

Hal ini demikian dari situ kita dapat lihat keselruhan idea yang ingin disampaikan.

Ianya jelas, tersusun, rentetan dan saling berkait.

Proses papan cerita :

1) susun semua maklumat dan elemen media.
2) mengkaji rasional memilih rasional tersebut.
3) membuat carta alir atau garis panduan skrin secara umum.
4) penulisan teks unutk penceritaan diperingkat awal.
5) menyemak kesesuaian kandungan dengan konteks yang ingin disampaikan.
6) membina hubungan maklumat dari satu papan cerita ke cerita yang lain.
7) mengkaji semula carta alir dan papan cerita yang dihasilkan.





BBM3410/18 : ASAS GRAFIK


Tidak lengkaplah sesuatu hasil seni tanpa asas grafik.


Untuk pengetahuan semua grafik merupakan bahan yang mampu mernghubungkan fakta dan idea dengan jelas melaui kombinasi :
1) lukisan
2) gambar
3) lakaran
4) perkataan 
5) simbol


Grafik juga bermaksud :
1) gambaran bukan fotografi
2) dua dimensi yang digubah dan dicipta khusus untuk menyampaikan mesej
3)  fakta atau pandangan kepada para pelajar


Ciri asas grafik :
1) kesesuaian
-gambar tersebut sesuai dengan idea yang ingin disampaikan.
2) keseimbangan
- gambar tersebut perlulah seimbang dengan semua elemen bagi cetusan idea.
3) mudah
- sesuatu gambar itu menyampaikan maksud dengan lancar dan jelas  kepada semua.
4) warna
-gambar tersebut perlulah tidak terlampau terang dan pudar.
5) teks
-janganlah terlampau pendek dan panjang sangat.


Hasil sesebuah idea itu perlulah memenuhii kelima-lima ciri asas grafik tersebut. 


Hal ini demikian kerana hasil idea tersebut akan lebih :
1) menarik
2) cantik
3) jelas
4) tersusun
5) kreatif dan inovatif


Antara kebaikan menggunakan asas grafik dalam pembelajaran pelajar :
1) dapat menarik minat dan melibatkan pelajar
2) menjelaskan idea yang sukar difahami dengan berkesan
3) menyampaikan mesej secara kreatif dan inovatif

BBM3410/18 : MINGGU 12 (FACEBOOK PULA)

Assalamualaikum..hai semua jumpa lagi kita semua.. hari ini saya nak berkongsi tentang cerita terbaru.. tugasan baru Prof bagi..kena ambi...