Antara video tersebut ialah video tanpa wajah.
Video tanpa wajah ialah video yang dihasilkan tanpa menunjukkan muka dan wajah.
Walaupun tanpa muka dan wajah, namun jalan cerita perlu digarapkan.
Idea dan jalan cerita tersebut perlulah sesuai dengan lagu yang dipilih.
selain itu, babak cerita yang dipaprkan mestilah jelas dan tidak mengelirukan penonton.
Antara idea penceritaan video tanpa wajah :
1) kaki - kasut, melangkah ke sesuatu tempat
2) tangan - cincin, gelang, pegang duit
3) kehidupan - menunjukkan jalan cerita dari muda hingga tua
Video tanpa wajah ini amat sukar direalisasikan sekiranya pencetus idea itu sendiri tidak faham tentang apa yang ingin diceritakan kepada umum.
Oleh itu, amatlah penting bagi pencetus idea itu mengkaji setiap babak dan jalan cerita yang ingin dihasilkan.
Video ini juga hanya fokus kepada objek dan anggota badan sahaja.
No comments:
Post a Comment