Saturday, 3 November 2018

BBM3410/18 : MULTIMEDIA MENGUASAI CUTI

Assalamualaikum..

hai bertemu lagi kita pada hari ini.. kali ini saya nak kongsi pasal arahan Prof untuk cuti pertengahan.. hurm..cuti pun kena buat kerja multimedia.. Prof cakap kami kena redha.. haha..jadi kami kenalah redha..Prof ni comel lah kan.. arahan dia tak pernah mengecewakan.. dia memang nak kami jadi macam model dan artis.. jadi orang yang pandai semua benda..hihi

kerja kami masa cuti pertengahan ni. dia nak kami ambil gambar unik-unik dekat kampung..sepuluh keping gambar semua sekali.. apa-apa je gambar tu..yang penting unik dan menarik perhatian dia..yang tak balik kampung kata prof kena ambil jugak gambar ala-ala duduk kat kampung..huhu

macam biasalah kami semua kena letak hashtag yang kelakar sampai dia boleh ketawa terbahak-bahak dan gelak guling-guling sambil pegang perut haha..haraplah semua gambar yang kami ambil ini dia akan suka dan komen dekat instagram tu.. kahkah..

gambar-gambar tu semua kami perlu masukkan satu-satu..Prof tak bagi masuk sepuluh keping terus..redha jelah bak katanya..







duduk dekat rumah dan kampung.. apa je tak menarik.. semua menarik..jadi setakat nak ambil gambar yang unik dan menarik tu tak ada hal lah..


setakat itu sajalah perkongsian saya hari ini..
kita jumpa lagi dikemudian hari..
xoxo
wassalam
adios!









1 comment:

  1. Hang kna redho, nanti aku tmbah lg haaa.. hihi #ayatProf

    ReplyDelete

BBM3410/18 : MINGGU 12 (FACEBOOK PULA)

Assalamualaikum..hai semua jumpa lagi kita semua.. hari ini saya nak berkongsi tentang cerita terbaru.. tugasan baru Prof bagi..kena ambi...