Assalamualaikum..jumpa kita untuk perkongsian baru..
sebelum balik kampung tu.. sempat jumpa penyelia pita..luka berdarah dan masih berdarah..jadi balik rumah memang nak lupakan semua..walaupun bersifat sementara ja..
....
ya Allah..seronoknya balik kampung..dah sejenis yang 'homesick'..memang alhamdulillah boleh balik kampung..sebenarnya memang sedih boleh balik kejap je..sebab saya kerja sekejap untuk konvokasyen ke-42 UPM tempoh hari.. tapi bersyukurlah.. saya boleh balik sedangkan ada kawan yang tak balik..
dapat jumpa dan tengok wajah kesayangan di rumah.. alhamdulillah.. 'home is not a place but its soul'.. ibu ayah dan adik-adik..merekalah penyebab saya nak balik rumah!.. dan ada dua orang lagi insan yang buat aku nak balik rumah.. anis dan aisyah nama mereka.. ibu saya mengasuh mereka..si comel yang istimewa..seronok dan rasa tenang je mengasuh mereka..
bila dah lama tak balik rumah.. memang lupa semua masalah dekat upm..hihi.. semua kerja rumah kalau boleh saya nak buat.. tolong ibu kemas rumah, masak, basuh, jemur dan lipat baju..apa je saya tak buat..semua saya buat..sebab saya geram lama dah tak balik..rasa macam nak buat semua tak nak berhenti..hehe..
ajar adik-adik mengaji, kerja sekolah, main-main dengan mereka.. tolong ayah pulak dengan hantar dan ambil adik-adik sekolah..bagi makan dekat semua haiwan belaan ayah.. angsa, itik, kucing dan ayam..rasa bertanggunjawab sangat..
pergi berkelah dengan keluarga dekat pantai.. aktiviti wajib hujung minggu atau bila ada masa lapang..
seronok sangat!
'homesick' pun hilang terus masa duk kat rumah!
itu sajalah cerita saya di rumah..
xoxo
wassalam
adios!
No comments:
Post a Comment