Friday, 7 December 2018

BBM3410/18 : MINGGU 12 (FACEBOOK PULA)

Assalamualaikum..hai semua
jumpa lagi kita semua..

hari ini saya nak berkongsi tentang cerita terbaru.. tugasan baru Prof bagi..kena ambil gambar dengan beliau dan masukkan gambar tersebut dalam facebook dengan kapsyen yang kelakar dan  boleh buat beliau guling-guling ketawa..dua keping gambar pula tu..huhu.. kapsyen juga perlu tentang beliau dan BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA..Prof ni memang lain dari yang lain kan.. haha

nah bukti prof..nak dapat gambar ni bukan senang tau!


BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA.
PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM.







Thursday, 6 December 2018

BBM3410/18 : VIDEO TANPA WAJAH

Terdapat pelbagai jenis video yang boleh dihasilkan untuk tujuan penceritaan idea kepada umum.

Antara video tersebut ialah video tanpa wajah. 

Video tanpa wajah ialah video yang dihasilkan tanpa menunjukkan muka dan wajah.

Walaupun tanpa muka dan wajah, namun jalan cerita perlu digarapkan. 

Idea dan jalan  cerita tersebut perlulah sesuai dengan lagu yang dipilih.

selain itu, babak cerita yang dipaprkan mestilah jelas dan tidak mengelirukan penonton.

Antara idea penceritaan video tanpa wajah :
1) kaki - kasut, melangkah ke sesuatu tempat
2) tangan - cincin, gelang, pegang duit
3) kehidupan - menunjukkan jalan cerita dari muda hingga tua

Video tanpa wajah ini amat sukar direalisasikan sekiranya pencetus idea itu sendiri tidak faham tentang apa yang ingin diceritakan kepada umum. 

 Oleh itu, amatlah penting bagi pencetus idea itu mengkaji setiap babak dan jalan cerita yang ingin dihasilkan.

Video ini juga hanya fokus kepada objek dan anggota badan sahaja.

BBM3410/18 : ONE SHOT


Di dalam penghasilan sesuatu video, setiap aspek perlu diambil kira kira. Sebagai contoh :

1) kamera - perlulah kamera yang sesuai dari segi muatan dan kejelasan.
2) tempat  - perlulah sesuai dengan jalan cerita yang ingin disampaikan.
3) suasana - perlulah menepati setiap babak yang ingin dilakonkan.
4) alatan bantuan atau prop - penting untuk melancarkan setiap babak dalam pembikinan
5) keberkesanan lakonan artis - perlulah bijak mengawal emosi ketika dalam penggambaran tersebut.
6) jurukamera - perlulah pandai merakam di setiap sudut.

Sekiranya kesemua aspek itu diambil kira. Maka, video yang dihasilkan itu akan sempurna dan menarik.

Terdapat tiga ciri video yang menarik :

1) video one shot one layer
2) one shot two layer
3) one shot three layer

One shot one layer ialah video yang dihasilkan dengan :

1) kesemua ahli didalamnya menyanyi.
2)  Kesemua ambil peranan.
3) tiada babak pelakon.
4) berkumpul dan menyanyi dalam satu deretan sahaja.

One shot two layer ialah video yang dihasillkan dengan :

1) ada babak pelakom.
2) ada babak penyanyi.
3) penyanyi dan pelakon tidak berada di deretan yang sama.
4) kedudukan penyanyi dan pelakon sedikit terasing.

One shot three layer ialah video yang dihasilkan dengan :

1) ada babak penyanyi.
2) ada babak pelakon.
3) ada babak pokok bergerak atau
4) ada babak kereta lalu dibelakang


Kesemua video ini dihasilkan mengikut kesesuaian idea, kerelevanan situasi dan tempat.




BBM3410/18 : PAPAN CERITA


Papan cerita merupakan cerita yang dicipta yang perlu dimulakan dengan idea.

Idea merupakan cetusan ingatan seseorang dimana ia boleh dikembangkan dan gigarapkan menjadi sesuatu yang lebih unik untuk dihasilkan.

Dalam konteks penceritaan, seseorang penulis skrip perlu melakukan beberapa perkara untuk mendapatkan ilmu.

Antaranya :
1) ada yang mengelamun
2) berjalan-jalan
3) menconteng

Papan cerita disediakan pada peringkat awal proses reka bentuk.

Papan cerita merupakan himpunan lakaran rupa bentuk skrin-skrin paparan yang digunakan dalam aplikasi multimedia.

Papan cerita adalah lakaran imaginasi tentang apa yang hendak dipaparkan dalam satu persembahan perisian multimedia.

Tujuan papan cerita ialah gambaran kasar tentang perisian dan panduan utama kepada keseluruhan perisian tersebut.

 Papan cerita adalah amat penting dalam sesuatu perisian idea.

Hal ini demikian dari situ kita dapat lihat keselruhan idea yang ingin disampaikan.

Ianya jelas, tersusun, rentetan dan saling berkait.

Proses papan cerita :

1) susun semua maklumat dan elemen media.
2) mengkaji rasional memilih rasional tersebut.
3) membuat carta alir atau garis panduan skrin secara umum.
4) penulisan teks unutk penceritaan diperingkat awal.
5) menyemak kesesuaian kandungan dengan konteks yang ingin disampaikan.
6) membina hubungan maklumat dari satu papan cerita ke cerita yang lain.
7) mengkaji semula carta alir dan papan cerita yang dihasilkan.





BBM3410/18 : ASAS GRAFIK


Tidak lengkaplah sesuatu hasil seni tanpa asas grafik.


Untuk pengetahuan semua grafik merupakan bahan yang mampu mernghubungkan fakta dan idea dengan jelas melaui kombinasi :
1) lukisan
2) gambar
3) lakaran
4) perkataan 
5) simbol


Grafik juga bermaksud :
1) gambaran bukan fotografi
2) dua dimensi yang digubah dan dicipta khusus untuk menyampaikan mesej
3)  fakta atau pandangan kepada para pelajar


Ciri asas grafik :
1) kesesuaian
-gambar tersebut sesuai dengan idea yang ingin disampaikan.
2) keseimbangan
- gambar tersebut perlulah seimbang dengan semua elemen bagi cetusan idea.
3) mudah
- sesuatu gambar itu menyampaikan maksud dengan lancar dan jelas  kepada semua.
4) warna
-gambar tersebut perlulah tidak terlampau terang dan pudar.
5) teks
-janganlah terlampau pendek dan panjang sangat.


Hasil sesebuah idea itu perlulah memenuhii kelima-lima ciri asas grafik tersebut. 


Hal ini demikian kerana hasil idea tersebut akan lebih :
1) menarik
2) cantik
3) jelas
4) tersusun
5) kreatif dan inovatif


Antara kebaikan menggunakan asas grafik dalam pembelajaran pelajar :
1) dapat menarik minat dan melibatkan pelajar
2) menjelaskan idea yang sukar difahami dengan berkesan
3) menyampaikan mesej secara kreatif dan inovatif

Thursday, 15 November 2018

BBM3410/18 : PROSES-PROSES BUAT KALENDAR 2019

Assalamualaikum..hai semua..jumpa lagi kita semua..


dua tiga hari dah ketua kelas multimedia beritahu dekat kami bahawa kelas amali pada hari ini dibatalkan.. dan akan digantikan dengan kelas atas talian..kami semua sangatlah bahagia dengan perkhabaran ini.. huhu

dan tibalah pada hari ini..kami semua tertunggu arahan Prof ni.. sebab ketua kelas cakap kena tunggu arahan Prof dulu..


tibalah hari kejadian.. maka dapatlah arahan tersebut..rasa macam dapat surat dari kerabat diraja..

tadi ketua pun maklumkan kepada peraturan tersebut..

maka bermulalah pengembaraan kami untuk buat video tentang cara-cara nak buat kalendar 2019 menggunakan adobe photoshop..

nah video berdurasi 3 minit.. jemput tengok.. moga bermanfaat.. terima kasih :)



..... kerja di twitter dan instagram.. Prof minta screenshot.. katanya sebagai bukti suatu hari nanti.. hurm.. gigihlah aku nak screenshot satu persatu..

nah setiap buktinya Prof..



























twitter perlu bukti kita retweet status kawan-kawan kita.. dan perlu bukti juga kawan-kawan retweet kita punya status.. instagram pula perlu simpan bukti Prof like dan komen setiap post kita tuh..


terima kasih
adios!
wassalam :)

Tuesday, 13 November 2018

BBM3410/18 : KEMBARA YANG MEMBAHAGIAKAN

Assalamualaikum semua.. fatihah disini lagi nak berkongsi cerita baru..

bersenam dengan hasniwati khalil ( kawan sekelas ) haritu.. pastu cakap kat dia.. weh aku rasa macam nak makan oden..jom buat nak? wati cakap boleh je buat nanti lepas dapat gaji..tapi baik keluar cari oden sekali boleh jalan-jalan bersama.

.....

dalam kelas amali haritu.. si qina tanya eh jadi ke korang punya perancangan tu? lepas itu.. aku baru dapat tugasan subjek bahasa arab.. rancang nak pergi Putrajaya sebab tugasan tersebut kami kena buat dekat sana..

tapi macam tak nak hampakan qina dan wati.. sebab kami dah janji nak cari oden sama-sama..sebab aku memang nak keluar dengan mereka jugak..

kemudian, aku bersama kawan-kawan lain merancang nak pergi Putrajaya dengan sewa kereta.. lepas itu rancang nak pergi makan steambot sama-sama.. kami sewa kereta itu sampa malam.. sebab memang nak habiskan masa sama-sama.. yalah kan tahun akhir..


..........

qina, wati, aku, yam, jie, mida, aifa dan dibah..kamilah kembara gadis-gadis itu..

maka bermulalah pengembaraan gegadis ni.. sampai Putrajaya.. kami semua teruja dan ambil gambar-gambar di setiap sudut.. sebab semuanya cantik dan menarik..


masuk dalam masjid Putrajaya lagi teruja.. sebab semuanya indah dan menarik.. dapat jumpa dan bergambar pulak dengan abang yang viral dalam tv tu..ala yang fasih 7 bahasa tu..


dalam jam 1 petang macam itu.. kami semua dah letih dan penat bergambar..haha.. sambil-sambil duduk dan makan bekal..sambil fikir nak kemana lepas ni..pernacangan nak makan steambot dibatalkan sebab kami nak sesuatu yang lain..

masing-masing bingung nak pergi mana.. kemudian kami semua dapat idea.. untuk pergi air terjun ke sungai ke.. ambil keptutusan balik kolej untuk ambil baju kebih.. persiapan untuk mandi nanti hihi..kemudian, kami balik kolej dan solat..

.....

dalam 1.45 petang bertolak dari kolej..

kami berhenti makan di KFC berhampiran untuk mengisi perut yang amat lapar sekali ini.. hihi


dalam jam 4 petang kami sampai di Sungai Tekala..cantik dan comel weh.. serius air dia sejuk gila.. walaupun mula-mula aku takut untuk turun mandi sama..tapi peluang hanya datang sekali lah..huhu

akhirnya kami berlapan mandi-mandi dengan seronok.. itulah antara hal yang paling membahagiakan ku..terima kasih kawan.. mak buyung si jie tu pun nak mandi tau..gigih kami jaga dia risau apa-apa jadi..alhamdulillah semuanya baik-baik saja..

 si yam yang purdah tu pun turun mandi sekali.. dahlah dia tak bawak baju lebih..hurm.. tapi nak mandi gak..

memang gembira sangat haritu.. si dibah tak henti-henti nak terapung.. si mida pulak tak nak basah.. katanya nanti kalau air kena cermin mata, dia tak nampak.. tapi kami peduli apa.. haha..buat air terpercik sampai dia basah..huhu..sorry mida


si wati pulak memang pandai apungkan badan..dia duk buat contoh dalam air tu untuk kami ikut..haha..lawaklah..

si qina? dia kan kecik..sesekali dia tenggelam dalam air.. comel lah! dan yang jadi mangsa? akulah..si tukang tahan dia..si tempat dia berpaut dan tarik!

aifa? yang ni sorang acah-acah dia bidadari yang tengah mandi kat sungai.. dia tak tahu ke yang dia tu dugong? dugong muslimah..haha...aifa ni pun banyak kalitenggelam dan  terbawa arus dalam sungai tu..lepastu tak pandai nak balik dekat kami semua semula bila dah hanyut jauh dari kami..muka dia redha je..kami ketawakan dia..

percayalah kawan-kawan.. perancangan akhir itulah yang terbaik!

memori dan kenangan tercipta.. 10/11/18









terima kasih jie, yam, wati,qina, aifa, mida, dibah..

Prof jom kita pergi mandi sungai jugak..tapi jangan tenggelam ok..haha

bye semua..
wassalam :)
adios!

Monday, 12 November 2018

BBM3410/18 : MULTIMEDIA DUDUKI TANGGA TERATAS


Assalamualaikum semua.. jumpa lagi kita.. hai Prof manisku dan semua kawan..

macam biasalah kelas multimedia setiap hari isnin.. pembuka minggu yang letup seletup Prof kami yang gojes tu..

Prof tak penah tak lawa kalau pakai baju dan kasut tu..

aku suka gaya Prof yang santai dan bersahaja..

boleh nak tiru kan prof?

tapi tak mampulah nak tiru harganya! hihi

isnin tadi kami telah membentang video one shot one layer kami.. kesemua video kawan-kawan amat kelakar.. dan yang penting dapat buat Prof guling-guling ketawa sebab kelakar..

walaupun kumpulan kaim bukan antara yang terbaik.. tapi dapat tunjuk kat Prof..pastu Prof cakap nice dan bagus.. itu dah memadai tau Prof..





pengalaman rakam video tu memang mahal la..tahi lalat? tambah bulu kat tahi lalat? pakai baju tidur? pakai riben kat kepala? pakai tudung buat ala-ala rambut yang dijalin? terjoget-joget dan terkinja-kinja? tak ada hal la korang! haha

kawan-kawan sekumpulan memang sangat membantu!

tulang patah, pakai topeng samai lemas, joget macam orang lupa..hihi..

terima kasih semua kawan-kawan sekumpulan.. qina, masnur, nisa, yam, nina, mas, aifa mimi, mel, wati..

terima kasih jugak kawan sekelas yang sangat menghargai hasil kerja kami..

terutama terima kasih Prof tersayang lagi comel sebab puji persembahan kami semua..

semalam Prof ada suruh buat video one shot two layer pulak.. rakam dan persembahkan minggu depan.. macam biasa jadi artis lagi..tadah muka lagi..hihi


redha Prof cakap! kalau tak, dia tambah lagi..

semalam ada buat tugasan dalam kelas..yang tak bawa buku boom dia tu.. kena balik kolej ambil buku itu.. haha..

satu dalam sejuta kut pensyarah lagu ni.. uniklah!

nasib aku bawa buku itu..


yang penting kerja dapat disipakan dalam masa yang ditetapkan..Prof bagi kerja ni bukan nak bebankan..tapi nak ajar kami cukup-cukup.. haha

kalau tak, tak tahu erti hidup kan..

hidup ni memang semua nak jadi yang terbaik.. tapi kalau tak dapat jadi yang terbaik pun tak mengapa..asalkan kita berusaha untuk ke arah itu..itu dah memadai kan..

bagi aku, Prof bagi kerja banyak dan menimbun dengan ahli kumpulan yang ramai ni..bukan nak suruh bergaduh atau susah.. tapi  dia nak kita belajar macam mana nak kawal semuanya dengan baik dan lancar..

itu sajalah hari ni..esok-esok kita jumpa lagi..

bye semua
wassalam ;)
adios!

Friday, 9 November 2018

BBM3410/18 : MEMORI MAKAN TERCIPTA

Assalamualaikum.. jumpa lagi kita

hari ini fatihah nak kongsi satu cerita yang menarik..hihi

MAKAN! MAKAN! MAKAN!

kami ada 'group whats up' iaitu 'kaki makan'

anggota kumpulan tu..haha

aku ( fatihah )
yam ( mariam )
najihah ( jie )
aifa ( mimi peri)







memang meriahlah group tu weh..
semua pulak kaki bawang!
tapi kami bawang putih yang baik tu..

sebab hobi nilah, aku lupakan berat badan idaman.. ternyata makan lagi menyeronokkan bersama mereka..
bilik 131 memang selalu jadi mangsa..masak-maak.. campak-campak dan makan!
kadang-kadang makan dekat kafe..
dan kadang-kadang kami keluar dari upm untuk cari makan dan lepas stress..

banyak kilogram dalam badan akan bertambah! tak apalah asal kami bahagia..

kami macam selalu jugak bercanggah pendapat sebab masing-masing ada pendapat sendiri.. tapi yang mendekatkan kami ini adalah kami berkongsi satu hobi yang sama.. haha.. iaitu makan!


memori banyak tercipta dengan mereka ini.. mesti rindu semua kenangan ini memandangkan kami dah semester akhir.. huaaa

makanlah untuk hidup..jangan tahan makan.. sebab tak bagus untuk kesihatan badan dan otak.. tapi janganlah terlebih pulak makan tu..huhu


setakat ini sajalah ya..

jumpa lagi nanti..
xoxo
wassalam
adios!

Tuesday, 6 November 2018

BBM3410/18 : HAMPIR PITAM

Assalamualaikum..

hai bertemu lagi kita di hari yang begitu indah ini.. indah ke? hihi


hari ini macam sendu sikitlah.. sebab hampir pitam tadi.. sebab? hihi..saya puasa hari ini.. tapi gigih turun bawah 'skiping' dekat dewan putra dua tu.. ala-ala.. nak kurus.. ada kaitan ke? hurm..


bahaya betul la saya ni kan?
dah puasa tu rehat jelah dekat bilik..

sebenarnya bosan terperap dekat bilik aje sejak balik dari kampung.. sendu dia lain macam sampai reput je dalam bilik atas katil..

pastu tadi semangat macam dah pulih sikit.. turunlah dengan hasniwati khalil untuk 'skiping' tu.. tahu-tahu.. lepas dah dalam 50 lompatan.. saya rasa macam gelap je semua..rasa senak perut..sakit kepala.. kepala berpinar dan pening gila.. memang berdebar sebab tak pernah alami benda macam tu.. Allahu.. aku kuatkan semangat.. cakap dekat kawan weh.. aku rasa macam nak pengsan.. kawan cakap yalah kau puasa..rehatlah..

kemudian saya jalan perlahan-lahan naik tangga untuk balik bilik.. tak tahan sangat dengan keadaan ini.. jalan perlahan-lahan akhirnya sampai bilik.. muka dan bibir pucat gila.. kawan bilik cakap kejap nya dah balik..

dia tengok saya pucat sangat.. terus dia suruh saya baring..rehat-rehat dan tunggu dalam 10 minit lagi.. maka waktu berbuka..hanya ALLAH je yang tahu.. terima kasih yang ambil berat..

tak nak buat kerja gila ni lagi.. serius takut! ingat nak mati dah tadi.






itu sajalah perkongsian saya hari ini..
esok-esok kita jumpa lagi ya..
xoxo
wassalam..
adios!

Monday, 5 November 2018

BBM3410/18 : KELAS SECARA ATAS TALIAN CIPTAAN PROF

Assalamualaikum.. hai fatihah di sini lagi untuk kongsi cerita dengan kalian..

cuti dah habis..jadi perlulah redha.. saya sampai upm hari ahad petang.. walaupun hari isnin kelas Prof dan kelas lain dibatalkan..tapi saya balik upm awal sikit.. sebab kononnya nak selesaikan kerja-kerja yang tertangguh.. tapi itulah.. 'homesick' muncul kembali.. hingga buat seorang fatihah mereput je.. tak boleh buat apa.. makan pun tak lalu.. apakah?

 ok..berkaitan dengan kelas secara atas talian yang mendapat persetujuan orang ramai.. maka Prof realisasikannya semalam.. hari Isnin, 5 November 2018..

Pada jam 8.15 pagi.. kawan beritahu dalam 'group whats up' supaya tonton Prof kami dalam Tv Al Hijrah secara langsung.. kami tak ada televisyen.. jadi gigih tengok dekat 'youtube'..maka bisinglah dalam 'group whats up' kami tu..

arahan Prof supaya kami semua kena ambil gambar dia dalam keadaan yang baik tanpa nganga mulut.. haha.. gigih kami tak tangkap gambar dia dengan mulut nganga.. kelakarlah Prof ni..haha


gambar tersebut kami perlu masukkan dalam instagram.. segala hashtag mak nenek yang kelakar perlu diletakkan dekat gambar tersebut.. bila dia like dan komen kat gambar tu.. maknanya anda dah lulus dan boleh bergembira.. hihi





ada je yang tengah beradu masa tu.. yalah jam 8.15 pagi kut.. pelbagai kekalutan berlaku.. namun Prof bagi masa sampai 8 malam untuk diselesaikan semuanya..

kemudian, kami perlu bagi dua gambar yang dah dilike dan dikomen itu kepada ketua kelas untuk dikumpulkan.. gambar tersebut iaitu tanda 'ok' dan gambar Prof yang tak nganga.. hihi

tujuannya untuk Prof batalkan kelas amali pada hari khamis nanti..

kami masih menunggu jawapan..
menunggu dan terus menunggu!

Prof belum bagi kata putus lagi ini..
haraplah hari khamis ini kelas amali dibatalkan.. boleh kami sambung tidur.. haha

taklah..boleh kami fokus kerja lain yang tertangguh :)

oklah setakat ni sahaja perkongsian saya hari ini..
nanti kita jumpa lagi ok..
xoxo
wassalam
adios!


Saturday, 3 November 2018

BBM3410/18 : MULTIMEDIA MENGUASAI CUTI

Assalamualaikum..

hai bertemu lagi kita pada hari ini.. kali ini saya nak kongsi pasal arahan Prof untuk cuti pertengahan.. hurm..cuti pun kena buat kerja multimedia.. Prof cakap kami kena redha.. haha..jadi kami kenalah redha..Prof ni comel lah kan.. arahan dia tak pernah mengecewakan.. dia memang nak kami jadi macam model dan artis.. jadi orang yang pandai semua benda..hihi

kerja kami masa cuti pertengahan ni. dia nak kami ambil gambar unik-unik dekat kampung..sepuluh keping gambar semua sekali.. apa-apa je gambar tu..yang penting unik dan menarik perhatian dia..yang tak balik kampung kata prof kena ambil jugak gambar ala-ala duduk kat kampung..huhu

macam biasalah kami semua kena letak hashtag yang kelakar sampai dia boleh ketawa terbahak-bahak dan gelak guling-guling sambil pegang perut haha..haraplah semua gambar yang kami ambil ini dia akan suka dan komen dekat instagram tu.. kahkah..

gambar-gambar tu semua kami perlu masukkan satu-satu..Prof tak bagi masuk sepuluh keping terus..redha jelah bak katanya..







duduk dekat rumah dan kampung.. apa je tak menarik.. semua menarik..jadi setakat nak ambil gambar yang unik dan menarik tu tak ada hal lah..


setakat itu sajalah perkongsian saya hari ini..
kita jumpa lagi dikemudian hari..
xoxo
wassalam
adios!









BBM3410/18 : MINGGU 12 (FACEBOOK PULA)

Assalamualaikum..hai semua jumpa lagi kita semua.. hari ini saya nak berkongsi tentang cerita terbaru.. tugasan baru Prof bagi..kena ambi...